29/8/09
2.44 a.m
Dah lama xmenulis sajak. Bukan calang-calang perkara boleh buat haku menulis kembali.
dalam malam
menghitung hari-hari terbelakang
lalu sunyi malam membawa
berfikir dengan dalam
di mana bermula?
dalam malam
mengira ini yang terakhir,mungkin,
lalu semua kata jadi basah dengan
sebaknya bahasa
dan pekatnya harapan
dalam doa
dan ucapan perpisahan
dalam malam
sama-sama tunduk kepada takdir
kerana ia yang mengheret kita ke laluan ini
dan ia juga yang melenyapkan aku dari warna-warna
secerah pelangi pagi
di hujung jalan ini
dan dalam malamm
aku kesal kerana
jahatnya hati menjadi duri
dalam jiwa orang-orang
yang nafasnya turun naik dalam
tanganku
yang jantungnya berdegup dalam mataku
dalam malam
tiada siapa yang faham
kosakata jiwa parah
dengan kecelaruan
enigma itu akulah
dan dalam malam
satu tali hampir putus
terbakar menjadi sumbu
pelita takdir
aku menangis,jujur aku menangis.
pada satu perasaan yang kita sendiri wahai aku,
kita bertanya sendiri.
maka bagaimana bercerita pada orang?
satu tali yang kita ingin sekali aku pegang
dalam malam
aku genggam
ia malah menghilang?
________________________________________
Graduation Day.
-
28 Mei 2013 Dewan Perdana, PICC
Alhamdulillah. After 5.5 years, berjaya konvo jugak. Yippiie yeayyeayy!!!
Hadiah untuk mama dgn ayah la ni. Skrg baru faha...
11 years ago
0 kepul Awan:
Post a Comment