pertama sekali.selamat hari raya. haku mahu minta maaf kpd seseorg sbb haku suda marah sama dia. ko berhak buat begitu. ko mmg berhak n haku tidak patot cmpur urusan kamu. tp haku bersyukur sblom itu berlaku haku suda terlebey dulu meninggalkan kamu kerana niat yg haku kira baik.
haku bukan org yang baik,mungkin kamu dahulu mecium syurga. jadi maafkan aku.
haku kini sangat bahagia
idup maken tenang
haku suda xsedey lagi
rupenye tidaklah terlalu susah
jadi terima kaseh dan minta maaf ya?
doakan aku istiqamah dalam mencari makrifatullah.
9/22/2009
Aku merelakan..
Kata2 eklas sincera pada jam 18:43 1 kepul Awan
9/15/2009
Nampak cam maenan budak Taska tp susah cam Algebra
ritu sy g Popular. smpt abeh berpuluh2 juga bli buku. pastu sy beli sebuah Rubic cube. ala yg petak warne warni dan boleh di twist sane sini tuh.
balek je sy nekad nk solve puzzle tuh. twist sane,twist sini..xdpt ag. uih.sush juge.
xpe,first time mmg sush ckit. jap ag boleh r.
3 jam kemudian,sy baling cube tuh ke tepi.
"sape la cipta menatang ni.."
siapa yg tau camane nk solve rubic cube sila jumpa saye.
Kata2 eklas sincera pada jam 19:02 0 kepul Awan
9/14/2009
Sudah ku lakukan..
haku tarik nafas dalam2. betul ke haku wt ni?"
haku bace bismillah. lalu haku tekan butang 'send'.
nekadnya haku. tiba-tiba haku nanges.
hum.lemahnya haku. yela,syg la katekan. minta maaf wahai kamu,tp haku lebih mencintai Allah.
haku ade keabdian pd Allah untuk haku penuhi
haku ade misi yang baru haku mulai,
Ya Allah,berilah haku kekuatan
Kata2 eklas sincera pada jam 17:10 3 kepul Awan
9/08/2009
Khalid memburu Syahid
Subhanallah.
Tubuhmu penuh luka
dan parut peperangan
mata tombak yang menghujam dada mu
lalu mencatatkan sejarah Pahlawan padang Pasir yang terbilang
manakala parut di tubuhku hanyalah cerita kelalaian masa kanak-kanak
dan garis-garis usia
pada wajahku
menceritakan
kelekaanku bersenang-senang dalam hidup
hayunan pedangmu menghantar kedinginan ke tulang belakang musuh-musuhmu
kilauan pedangmu membutakan mata sang kafir dan munafik
sedang kau sendiri adalah pedang yang dihantar Tuhan ke bumi
wahai Saifullah pedang Allah.
layakkah aku menjadi sepertimu wahai anak lelaki si Kaya Walid,
permata kebanggaan Bani Makhzum
yang gagah menjulang suara hatimu
sesungguhnya ketahuilah satu dunia bahawa kau Pencinta Allah.
Kau bersedih kerana tidak mendapat syahid
namun Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik kepada umat Islam dengan segala kemenanganmu
-Serikandi Islam(sincera)
haku baru lps bace Khalid Memburu Syahid. Buku karangan Abdul Latip Talib yg terkenal gn koleksi buku2 kisah Sahabat2 nabi. ape yg boleh haku kate psl buku ini ialah kalian HARUS beli sbb tersangatlah best buku ini.
KEPADA YANG BERJIWA PEJUANG JUGA,BUKU INI SATU KEMESTIAN DALAM MENYEMARAKKAN SEMANGATMU"
-"wahai Khalid,hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak berbohong. Apakah benar Tuhanmu menurunkan kepada nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan apabila dihayunkan kepada seseorang dia pasti kalah"- George,panglima Romawi.
Kata2 eklas sincera pada jam 04:23 0 kepul Awan
9/07/2009
Aku Berubah?
entah. haku semacam meraskannya tapi aku xberani nk yakin ttgnya. haku dh mls nk bgelak ketawa hu ha mcm selalu. apa tandanya ini?
Semoga hanya kebaikan Ya Allah.
Aku cuma pelajar Kajian Sosial yang biasa. Dulu sekolah kampung lalu sekolah cina dan ilmunya sedangkal air di pesisiran pantai.
Hidayah ibarat emas. Ia perlu dicari dan hanya orang yang berusaha ke arahnya dan dipilih Allah yang layak menerimanya. Maka Layak ke aku?
Aku harap aku menemui kekuatan dan taufiq sebenar untuk istiqamah dalam Islam.
p.s: Aku semakin menggilai buku juga!
p.s2: Aku mahu menjadi seorang pemudi yang gagah dalam kelembutan dan keayuan muslimah. Seorang Serikandi.InsyaAllah
Kata2 eklas sincera pada jam 21:00 1 kepul Awan
Aisyah
Sungguh indah pekerti
sungguh manis budimu
sungguh menarik tingkahlakumu
manjamu hanya di sebalik pintu rumahmu
pintarmu melangkau ke sempadan Tanah Arab
kau wanita yang hebat Aisyah.
Cinta Hati Muhammad.
dadamu persandaran terakhir kekasih Allah.
Berbahagialah engkau,kerana engkau memiliki syurga.
Apakah aku mampu menjadi sepertimu?
Jauh sekali bedanya.
Ya Allah,aku sedar akan kelemahan ku tapi kau jadikan lah aku seumpama bayang Aisyah.
berikan lah aku iman ahlul bait Ya Rabb..sesungguhnya aku sedar aku pengemis yang meminta-minta sesusatu yang terlalu banyak darimu
tetapi aku juga sedar terlalu banyak itu bukanlah mustahil bagimu,Kau yang memiliki Arsy yang besar dan kuasa tertinggi yang maha Besar. Kau,Ya Allah.
hamba merayu,hadirkanlah dalam diriku "Aisyah".
Kata2 eklas sincera pada jam 17:24 0 kepul Awan
Pengalaman yang bernilai hanya berharga Rm10.
kesedaran dan rejuvenasi diri. wow. kalau tak tidur semasa ceramah-ceramah dan tazkirah-tazkirah insyaAllah inilah hasilnya mungkin.Alhamdulillah.
Tak akn lupa pengalaman berharga ini.
Semoga diri terus mendapat kekuatan untuk terus berjuang di jalan Allah. meski dengan cara haku yg sendiri.
"Aku juga ingin menyumbang,
walau sekecil biji kundang,
Aku juga ingin berjuang,
walau sekadar pengasah senjata perang
atau khadam pahlawan-pahlawan Islam
Yang bersuara lantang."
-Serikandi rafiul Islam(sincera)
Kata2 eklas sincera pada jam 17:24 0 kepul Awan
9/03/2009
Muhasabah= bukan Murtabak Dari Sabah
arini lec xmsok. de mse utk wt mende yg spatotnye haku wt d mase lpg. Alhamdulillah. selesai.
sekrg mase utk muhasabah.
Ramadhan skg dh msok hari ke 14. cepat je rse dh setgh bulan. kang tw2 haku dh pung bpkaian bju raye bru kaler pink striking+menawan hati mertua2 dan bergumbira malahap kuih raya buatan Afica. tp selama ini juga haku lalai. yelah. 14 hari maseh xde sehari qiam. taun ni pung leh kire bape kali. pemalas cm badak. klo tdo sungguh xingat dunia apetah lagi igt mati. pas sahur tido balek.mak mertua nmpk konfem reject. Allah nmpk?oh~..Allah sentiasa melihat..
selain amalan,pertuturan pung kne jage. Alhamdulillah skrg dr sgi umpat2 umpatan haku dh kurg ckit. ngehe. klo de tu tlpas kot. haku kne pose mulut juga jgn kate bukan2.
"Al-kalimatuttayaba tu sadaqah"
gitu la lbih kurg bunyiknye lam bm. kate2 yg baek itu satu sedekah. haku nk bg sedekah harta liat,so kate2 yg menyenagkan itula sedekahku,bukan?
lame haku tmenung kt cni. merenung amal yg xbape nk ade. merenung dosa yg xterkire meskipun dgn kalkulator saintifik atau sempoa juga jari kaki jiran sekalipung.
ini adalh post yg serius .
p/s: Maaf kpd sesiapa yg terasa gn haku. juga kepada kamu,analisa haku selalunya tepat.stupid me. oke. clever me.
Kata2 eklas sincera pada jam 18:38 2 kepul Awan
9/02/2009
I'm stupid
this is a song i wrote as an expression to how freakin silly i feel right now. yes,i AM very stupid. a girl who can score high pointer in exam but have very few common sense in life. who can't think clearly and make repetitive mistakes in life. I hate to say this,but sincera,U ARE an idiot.
10.15
3/9
stupidity burn
the sanity out of me
and the next thing i know
i was laughing at a figure
in the mirror
Perpetual excitement
and adrenaline rush
made me leave the ground
and jump
to know that the sky is too high
and humans can't fly
the moon is not mine
to whom do i lie?
Kata2 eklas sincera pada jam 19:08 3 kepul Awan
8/31/2009
Sape kate haku x puitis
29/8/09
2.44 a.m
Dah lama xmenulis sajak. Bukan calang-calang perkara boleh buat haku menulis kembali.
dalam malam
menghitung hari-hari terbelakang
lalu sunyi malam membawa
berfikir dengan dalam
di mana bermula?
dalam malam
mengira ini yang terakhir,mungkin,
lalu semua kata jadi basah dengan
sebaknya bahasa
dan pekatnya harapan
dalam doa
dan ucapan perpisahan
dalam malam
sama-sama tunduk kepada takdir
kerana ia yang mengheret kita ke laluan ini
dan ia juga yang melenyapkan aku dari warna-warna
secerah pelangi pagi
di hujung jalan ini
dan dalam malamm
aku kesal kerana
jahatnya hati menjadi duri
dalam jiwa orang-orang
yang nafasnya turun naik dalam
tanganku
yang jantungnya berdegup dalam mataku
dalam malam
tiada siapa yang faham
kosakata jiwa parah
dengan kecelaruan
enigma itu akulah
dan dalam malam
satu tali hampir putus
terbakar menjadi sumbu
pelita takdir
aku menangis,jujur aku menangis.
pada satu perasaan yang kita sendiri wahai aku,
kita bertanya sendiri.
maka bagaimana bercerita pada orang?
satu tali yang kita ingin sekali aku pegang
dalam malam
aku genggam
ia malah menghilang?
________________________________________
Kata2 eklas sincera pada jam 19:32 0 kepul Awan
Cara-cara mengelak H1n1
berikut adalah kaedah-kaedah mengelak H1n1 secara berksean tetapi tidak pernah didedahkan kepada umum. Ini adalah salah satu helah kapitalis untuk menjauhkan kita dari langkah-langkah berjaga-jaga menghadapi H1n1 ini. Berikut adalah cara-cara menghalangnya.
1. Berendam di dalam larutan clorox atau peluntur sebaik-baiknya yang berjenama Vanish sekurang-kurangnya seminggu sekali.
2. Mandi di muara Sg Nil pada waktu imsak.
3. Sekiranya jari anda terluka,segera basuhkan luka tersebut dengan titisan air limau dan asid hidroklorik bagi menghapuskan kuman.
4. Elakkan keluar dari rumah meskipun rumah anda kebakaran.Mati rentung adalah lebih baik dari menyebarkan penyakit kepada orang lain.
6. Sekiranya anda ingin keluar juga,pakai topeng dan seelok-eloknya topeng Ultraman yang boleh didapati di kedai-kedai runcit berdekatan.
7. Sekiranya anda menghidap demam atau simptoms-simptoms H1N1 segeralah berjumpa dengan pembuat batu nisan sebagai persediaan awal.
8. Pastikan anda menjauhi mereka yang disyaki H1n1 meskipun mereka anak anda sendiri. Biar mati anak,jangan mati awak.
Sekian. dari Makmal Sincera
Kata2 eklas sincera pada jam 18:04 0 kepul Awan
8/25/2009
aku dah besar mane leh kalah dengan air sirap
td g bazaar Ramadhan. jakun doe. cm Julia Robert masuk kampung. gile takjub. ayam percik ade.ayam golek ade,ayam panggang,ayam goreng,ayam jantan,ayam,ayam betina,mak ayam bapak ayam sume ade.ngehe.
Bazaar Ramadhan cm pasar malam. cume besar ckit je.
lalu kedai ayam percik. telan air liur. lek lu. bru ayam percik.
haku singgah lak kdai kuih muih. ek elh...haku xlyn kuih r beb. itu mknn makcik2. haku muda mudi mne lyn. so haku cool. iman kurasekan setebal tembok besar negeri china. tak terliur katekan.
masuk kete. dlm ati haku dah jerit,"yes.lepas dugaan"
skali toleh kanan.
siot.shuma minum air sirap ais yang jenis pekat2 punye. kordial ke pe haku xamek pduli.
gile. gn titis air hasil kondensasi yang mengalir dgn pnuh seksi kt keliling cawan tuh. gn ais yang terapung2. nih klo lalu tekak ni konfem syok.
peh. tros xconcentrate pose. gile la ko shuma.
naseb baek ko bru 4 taon.
Kata2 eklas sincera pada jam 02:53 0 kepul Awan
8/24/2009
Sudah Agak Lama haku Tidak ditag
lama gak haku xkne tag. hehe. tag ni dr kak anis. bkak2 blog bliau tetibe de name haku.
oke. here goes.
1) Beside ur lips, where is the favourite spot to get kissed?
gilo.
2)How did u feel when u woke up this morning?
ar??tengahari dah?
3) Who was the last person/people you took photo with?
Shuma
4) Would you consider urself spoiled?
no. i'm very independent(bpk confiden).*ngeheh*
5) Have u ever had a best friend who was of the opposite sex?
belambak. yg betul2 rapat mayb a few
6) Do you want someone to be dead?
Bush
7) What does your last text message say?
"dah buat dh,xleh gak"
8) What are you thinking right now
maen game,maen game,maen game
9) Do you want someone to be with you right now?
*ngeeheee*
10) What was the time you went to bed last night?
near 2 a.m tgk my bro men PS3
11) Where did you buy the tee you are wearing now?
heheh.nape time ni nk ty. haku pinjam bju adek.
12) Is someone on your mind right now?
yes. xyah r tw sape.
13) Who was the last person who text you?
Intan
14) TEN lucky person to do this quiz.
1.Adiputra
2.Naz
3.Kak Anis
4.Azie
5.Soc
6.Eda
7.Menjaga Hati
8.Melmel
9.Nana
10.Orange7(tupung klo ko de blog.ngahaha)
1) Who is no. 2? Having a relationship with?
Ngeheh.Kak Joyah xde skandal..
2) Is no. 3 a male or a female?
gadis
3) If no. 7 and no.1 get together, would it be a good?
kahah!konfem Intan dtg silat ari2.
4) What is no.1 studying about?
Keje dh pung
5) When was the last time you chatted with them?
adela dalam 214 jam yang lalu
6) Is no. 4 single?
heh.x penah ty la plak.rasenye sudah.
7) Say something about no. 6
besfren lame zaman muda mudi jambu batu
8) What do you think about no. 3 & no.5 being together?
xbuleh xbuleh!
9) Describe no.9
asal haku bukak pintu bilik je ade muke die.ngeheh
10) Do you like no. 8?
lu betul2 ckit.pompuan tu beb
11) How about no. 10?
......
sekian sahaja
Kata2 eklas sincera pada jam 06:06 0 kepul Awan
8/23/2009
Saket oh Saket..
oke. so saket haku dh maken truk. xtw la ianya btul2 gastrik atau tidak tp ia maken truk. sekarang ni makan haku mmg kne limited ke setengah pinggan je,atau mungkin kurang. klo lebih dpd itu haku akan otomatik muntah. ye. sangat tidak mengasyikkan. makan kuar balik. baik xyah makan. apepun haku redha gn ujian ini.
klo lah sume obat dlm dunie ni rase cam eskrem stoberi. konfem xsaket pung haku lahap. jangan kate slps makan,selepas mandi,slps tdo,slps minum,slps berak pung gerenti haku akan mengambilnya dengan taat sekali.
doakan haku sembuh.
p/s; haku tanak kawen gn doktor.
Kata2 eklas sincera pada jam 08:27 2 kepul Awan