CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

9/08/2009

Khalid memburu Syahid

Subhanallah.

Tubuhmu penuh luka
dan parut peperangan
mata tombak yang menghujam dada mu
lalu mencatatkan sejarah Pahlawan padang Pasir yang terbilang
manakala parut di tubuhku hanyalah cerita kelalaian masa kanak-kanak
dan garis-garis usia
pada wajahku
menceritakan
kelekaanku bersenang-senang dalam hidup

hayunan pedangmu menghantar kedinginan ke tulang belakang musuh-musuhmu
kilauan pedangmu membutakan mata sang kafir dan munafik
sedang kau sendiri adalah pedang yang dihantar Tuhan ke bumi
wahai Saifullah pedang Allah.

layakkah aku menjadi sepertimu wahai anak lelaki si Kaya Walid,
permata kebanggaan Bani Makhzum
yang gagah menjulang suara hatimu
sesungguhnya ketahuilah satu dunia bahawa kau Pencinta Allah.
Kau bersedih kerana tidak mendapat syahid
namun Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik kepada umat Islam dengan segala kemenanganmu


-Serikandi Islam(sincera)
haku baru lps bace Khalid Memburu Syahid. Buku karangan Abdul Latip Talib yg terkenal gn koleksi buku2 kisah Sahabat2 nabi. ape yg boleh haku kate psl buku ini ialah kalian HARUS beli sbb tersangatlah best buku ini.
KEPADA YANG BERJIWA PEJUANG JUGA,BUKU INI SATU KEMESTIAN DALAM MENYEMARAKKAN SEMANGATMU"

-"wahai Khalid,hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak berbohong. Apakah benar Tuhanmu menurunkan kepada nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan apabila dihayunkan kepada seseorang dia pasti kalah"- George,panglima Romawi.

0 kepul Awan:

Blog Widget by LinkWithin